Pages

Monday, June 27, 2011

Kursus Pembinaan Blog


Tempat : PKG Kagkong
Tarikh : 27 - 28 Jun 2011


Sunday, June 26, 2011

Pembangunan Modal Insan

Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.
Untuk Keterangan Lanjut . Sila Klik

Saturday, November 6, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010


Bertempat di restoren Sham pada 3 November 2010. Guru-guru dan staf SMK Kangkong berkumpul jam 8.30 malam.




Monday, April 5, 2010

Majlis Perpisahan Buat Pengetua Kami Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman


Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman memakai baju kurung serba putih pada malam tersebut

Pada 23 Mac yang lepas, pihak sekolah kami telah mengadakan satu majlis perpisahan buat pengetua kami yang tersayang iaitu Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman . Majlis tersebut diadakan di Hotel Grand Riverview, bermula seawal jam 8 malam semua guru, kakitangan sokongan serta tetamu jemputan telah berada di dewan Puteri Saadong bagi menyempurnakan majlis perpisahan tersebut. Kami warga SMK Kangkong merasa sedih di atas perpisahan beliau namum kami tetap bangga kerana pernah berkhidmat dengan beliau.
Majlis perpisahan tersebut mencapai kemuncak apabila Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman memberi ucapan perpisahan dan kata kata yang terakhir yang kami akan pegang sepanjang kami menjadi warga SMK Kangkong. Majlis tersebut berakhir pada jam 11 malam.

Terima kasih Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman.

Saturday, February 27, 2010

Piagam Pelanggan

IBU BAPA
- Segala aduan dan rayuan secara bertulis diproses dalam masa 1 minggu.
- Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dengan kadar segera sebelum dihantar kepada pihak berkenaan.
- Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan.
-
KOMUNITI
- Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan
-
STAKEHOLDER
- Memberi maklum balas kepada semua surat arahan daripada stakeholders sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Monday, January 4, 2010

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke Blogspot SMK Kangkong,blog ini dibina bagi berkongsi perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkong kepada pengguna terutamanya kepada warga SMK Kangkong