Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman memakai baju kurung serba putih pada malam tersebut
Pada 23 Mac yang lepas, pihak sekolah kami telah mengadakan satu majlis perpisahan buat pengetua kami yang tersayang iaitu Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman . Majlis tersebut diadakan di Hotel Grand Riverview, bermula seawal jam 8 malam semua guru, kakitangan sokongan serta tetamu jemputan telah berada di dewan Puteri Saadong bagi menyempurnakan majlis perpisahan tersebut. Kami warga SMK Kangkong merasa sedih di atas perpisahan beliau namum kami tetap bangga kerana pernah berkhidmat dengan beliau.
Majlis perpisahan tersebut mencapai kemuncak apabila Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman memberi ucapan perpisahan dan kata kata yang terakhir yang kami akan pegang sepanjang kami menjadi warga SMK Kangkong. Majlis tersebut berakhir pada jam 11 malam.
Terima kasih Pn HJH Nik Hazimah Bt Wan Ab Rahman.